Saturday 6 February 2021

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021

 SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2021


YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021 pada 5 Februari 2021 (Jumaat).

Skim ini akan berkuat kuasa pada 8  hingga 16 Februari 2021 (9 hari)  iaitu 4 hari sebelum, 1 hari semasa dan 4 hari selepas perayaan. 

Senarai harga maksimum musim perayaan Krismas 2020 seperti dibawah.


Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 


Monday 18 January 2021

Seri Kaya Madu Produk Agromas Kebanggaan FAMA

 

SERI KAYA MADU PRODUK AGROMAS KEBANGGAAN FAMA


Agromas

Penjenamaan Agromas merupakan antara program Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang dijalankan untuk membantu usahawan di bawah bimbingannya dari segi pembangunan dan pemasaran produk. Pelbagai produk Agromas kini berada di pasaran yang merangkumi kategori produk sedia untuk dimakan, sedia diminum dan sedia dimasak.



Antara produk-produk berjenama Agromas yang berada di pasaran

SUMBER GAMBAR : Google


Produk : Seri Kaya Madu

Produk Seri Kaya Madu merupakan salah satu daripada produk di bawah jenama ini. Ia mempunyai rasa yang unik dan sedap serta sesuai untuk seisi keluarga. Bahan-bahan yang digunakan dalam menhasilkan produk ini bermutu tinggi dan terpilih. Ia juga diadun mengikut standard pengilangan yang telah ditetapkan. Ia telah berada di pasaran sejak tahun 1995.



Sapuan Seri Kaya Madu Agromas memang sedap dan lazat serta sesuai untuk seisi keluarga

SUMBER GAMBAR : FB FAMA


Oleh itu, satu temu ramah antara penulis dengan kakitangan FAMA yang telah terlibat dalam penghasilan produk ini telah dijalankan. Ia sebagai usaha dalam mendapatkan maklumat bagi penulisan artikel di samping dan mempromosi produk Seri Kaya Madu yang menjadi kebanggaan FAMA ini kepada khalayak ramai.

Encik Redzuan bin Muhammad Shahid (berkaca mata) sedang ditemuramah oleh penulis


Penulis semasa sesi temuramah bersama Pengurus Pusat Memproses Makanan FAMA, Encik Mohd Aris bin Hj Musa


Cetusan Idea

Idea untuk menghasilkan produk Seri Kaya Madu ini mula diilhamkan oleh Encik Abdul Wahid bin Mat Radzi pada penghujung tahun 1994. Pada ketika itu, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah FAMA Johor. Idea ini tercetus berikutan FAMA mempunyai kebun kelapa di Rengit, Batu Pahat, Johor. Di samping itu, kebun tersebut juga menjalankan aktiviti ternakan lebah madu. Menerusi idea penghasilan produk ini, beliau berharap agar dapat mengoptimumkan penggunaan kelapa dan madu tersebut.

Beliau juga telah mengadakan perbincangan Bersama Encik Redzuan bin Muhammad Shahid yang pada ketika itu mengetuai Bahagian Pasar Tani, Hal Ehwal Korporat dan Industri Asas Tani untuk membangunkan produk ini.

Detik Carian Menu dan Teknik Pembuatan Kaya

Sebagai langkah permulaan, Encik Redzuan bin Muhammad Shahid telah bekerjasama dengan Puan Azizah binti Abdul Aziz yang merupakan salah seorang kakitangan FAMA yang meminati bidang masakan. Usaha mereka bermula dengan  mengenal pasti salah seorang pemenang bagi kategori Produk Industri Asas Tani sempena program Hari Peladang dan Penternak Negeri Johor pada tahun 1994.

Puan Azizah dan beberapa orang kakitangan Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF) Rengit telah berkunjung ke rumah pemenang tersebut yang terletak di Pekan Nanas, pontian. Mereka telah mempelajari Teknik dan cara membuat kaya yang dianggap mempunyai rasa terbaik pada ketika itu. Sesi pembelajaran ini berlangsung selama tiga hari.

Setelah masing-masing berpuas hati dengan kualiti kaya yang disediakan, ia diserahkan kepada Pengarah FAMA negeri Johor pada ketika itu untuk diuji rasa. Beliau telah mengutarakan pandangan untuk memberikan nilai tambah terhadap kaya tersebut dengan mencampurkan madu. Ia bukan sahaja mempunyai rasa dan tarikannya yang tersendiri malah berkhasiat.

Selepas melalui beberapa fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta proses menambah baik resipi kaya tersebut, akhirnya terhasil sebuah produk Seri kaya Madu Agromas ini.

Pusat Pemprosesan

Lokasi pemprosesan produk Seri Kaya Madu ini dijalankan di Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF) Rengit yang terletak di KM 36, Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat, Johor.

Menurut Pengurus Kilang PMMF Rengit, Encik Mohd Aris bin Hj Musa, pusat ini mula beroperasi pada tahun 1977 dan menjadi tempat pemprosesan kelapa kopra.

Pada masa kini, pusat ini memfokuskan kepada aktiviti memproses produk-produk Agromas seperti Seri Kaya madu, jem pelbagai perisa, cordial roselle, sirap ros, air minuman ready to drink (RTD) pelbagai perisa, pes makanan dan sebagainya.

Seri kaya Madu merupakan produk utama yang dikeluarkan oleh PMMF Rengit. Penghasilan produk ini adalah dianggarkan sebanyak 2,000 karton sebulan iaitu bersamaan 48,000 botol.

 

Proses Penghasilan, Pelabelan dan Pembungkusan

Pada peringkat permulaan, ia dihasilkan secara manual dengan menggunakan kuali,. Setelah itu, kaedah ini ditambah baik dengan penggunaan mesin bagi meningkatkan kecekapan pengeluarannya.

Antara proses menghasilkan produk Seri Kaya madu secara ringkas :

  • 1.    Menerima bahan mentah daripada pembekal.
  • 2.    Membersihkan bahan mentah.
  • 3.    Menyediakan bahan mentah mengikut sukatan yang telah ditetapkan.
  • 4.    Membuat dan memasak adunan ramuan.
  • 5.    Mensterilkan botol bagi menjamin kebersihan produk.
  • 6.    Menyejukkan adunan dan memasukkannya ke dalam botol.
  • 7.    Menjalankan proses pembungkusan dan pengedaran produk ke pasaran.

Pada peringkat awal, reka bentuk bagi pelabelan dan pembungkusan produk ini telah dibuat oleh Encik Redzuan bin Muhammad Shahid dengan bantuan dua orang kakitangan FAMA lain iaitu Encik Ramli bin Ahmad dan Encik Hamdan bin Ismail. Pelabelan dan pembungkusan yang menarik dan sesuai amat penting dalam memantapkan lagi pasaran produk ini.

Antara reka bentuk label dan pembungkusan yang pernah digunakan pada produk sapuan Seri Kaya Madu


Pasaran Produk secara Komersial

Produk Seri Kaya Madu mula dipasarkan secara komersial pada tahun 1995. Pasaran utama produk ini ialah di pasaran tempatan seperti di pasar raya Speedmart, Giant, kedai runcit dan outlet FAMA.

Antara negara yang menjadi destinasi pemasaran produk ini adalah seperti Singapura, Brunei dan Korea. Beberapa negara yang berpotensi untuk dieksport produk ini seperti Indonesia, China dan Moscow. Proses uji rasa telah dijalankan terhadap negara-negara tersebut dan mereka memberikan respons yang positif untuk menjalinkan Kerjasama dalam memasarkan produk ini ke negara tersebut.

Pihak FAMA juga pernah menerima tempahan khas produk ini daripada Syarikat Penerbangan MAS Airline untuk dihidangkan kepada pelanggan mereka.

Cabaran

  1. 1.   Jaminan Kualiti

·         Produk ini mudah terkena serangan kulat kerana tiada bahan pengawet.

·         Kebersihan perlu dititik beratkan dalam pembuatan produk ini.

 

  1. 2.    Kos Bahan Mentah

·  Pihak kilang perlu menguruskan kos operasi secara optimum bagi menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan.

 

  1. 3.    Mengekalkan Standard

·   Menurut Pengurus PMMF Rengit, buat masa ini produk ini tidak boleh dipelbagaikan jenis perisanya kerana pewarna tiruan perlu digunakan.


Penarafan Kilang

Produk Seri Kaya Madu ini mula berkembang pesat pada tahun 1997 dan menjadi produk utama yang dikeluarkan oleh PMMF Rengit. Kilang tersebut juga telah dikurniakan penarafan International Organization for Standardization (ISO) dan merupakan kilang pertama FAMA yang menerima penarafan tersebut pada masa itu. Sempena penganugerahan penarafan tersebut, produk Seri Kaya Madu Agromas mula dilancarkan secara rasminya.

Keadaan di dalam kilang memproses produk Seri Kaya Madu

Keistimewaan

  1. 1.    Penggunaan Bahan Segar

·         Bahan utana yang digunakan seperti kelapa, telur, madu dan gula dijamin segar dan terpilih dalam pembuatan produk.

  1. 2.    Kandungan Produk

·         Tiada bahan pengawet

·         Tiada bahan pewarna tiruan

·         Tiada bahan perasa tiruan

 

  1. 3.    Sistem Kualiti Kilang

·         Pembuatan produk mengikut standard ISO.

·         Pensijilan Halal JAKIM.


Cara Mendapatkan Produk

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan produk Seri kaya Madu Agromas ini boleh didapati di pasar raya terpilih dan outlet FAMA. Selain itu, pembelian produk secara atas talian juga boleh dibuat di laman sesawang Agrobazaar online, Lazada dan Shopee.


Pembelian kini lebih mudah hanya di hujung jari!

SUMBER GAMBAR : Agrobazaar Online


Kesimpulan

Produk Seri Kaya Madu Agromas bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada FAMA, malah turut menjadi buah hati kepada masyarakat Johor. Ini kerana ia merupakan produk terawal dikeluarkan oleh FAMA menerusi jenama Agromas yang telah diilhamkan di negeri Johor pada suatu ketika dahulu. Kini ia cukup sinonim dalam penggunaan seisi keluarga.


Sumber rujukan :

1)Encik Redzuan Bin Muhammad Shahid (Pesara FAMA yang bertanggungjawab membangunkan Produk Seri Kaya Agromas)

2)Encik Mohd Aris Bin Hj Musa (Pengurus Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF) Rengit)

3)FAMA Malaysia


Catatan : 
Artikel ini dipetik dari Majalah Tinjauan terbitan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Edisi 1/2019.


Wednesday 23 December 2020

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2020

 SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN KRISMAS 2020


YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2020 pada 18 Disember 2020 (Jumaat).

Skim ini akan berkuat kuasa pada 22 Disember 2020 hingga 31 Disember 2020 (10 hari)  iaitu 3 hari sebelum, 1 hari semasa dan 6 hari selepas perayaan melibatkan sebanyak 19 komoditi/jenis.

Senarai harga maksimum musim perayaan Krismas 2020 seperti dibawah.


Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 

Monday 7 December 2020

Percutian Di 'Ladang Rekreasi' Taman Pertanian Johor

 PERCUTIAN DI 'LADANG REKREASI' TAMAN PERTANIAN JOHOR


Pengenalan

Malaysia memiliki pelbagai destinasi yang indah dan sesuai untuk percutian hujung minggu anda! Anda ingin melancong ke Johor? Apa yang menarik di Johor? Sebenarnya banyak destinasi yang menarik anda boleh lawati. Jika anda sukakan aktiviti riadah sambal meneroka keindahan alam semula jadi Taman Pertanian Johor adalah pilihan destinasi yang tepat.


Ketahui Sejarah Penubuhan

Taman Pertanian Johor yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pertanian Kong-kong. Ia dibuka pada tahun 1963. Taman ini terletak di Lot 584, Mukim Sg Tiram, Kong-Kong, Pasir Gudang, Johor. Lokasinya terletak kira-kira 45 km dari Bandar Johor Bahru. Tujuan pembukaan taman ini adalah untuk mewujudkan persekitaran semula jadi yang menarik bagi menggalakkan pelancongan berasaskan pertanian. Selain itu, ia dibangunkan untuk meningkatkan mutu pengeluaran serta menjadi pusat pemerhatian teknologi dan percubaan penanaman sayur-syuran dan buah-buahan.

Pada tahun 1991, berlaku penjenamaan semula Pusat Pertanian Kong Kong sebagai Taman Pertanian Johor yang memfokuskan aktiviti agropelancongan.

Taman Pertanian Johor ini dahulunya dikenali sebagai Pusat Pertanian Kong Kong.

SUMBER GAMBAR : MPPG

Perasmian taman ini sebagai salah satu pusat agropelancongan di negeri Johor telah diadakan sempena Majlis Sambutan 110 tahun Jabatan Pertanian dan Mini Agro Johor yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2015.

Daya Tarikan

Taman yang berkeluasan lebih dari 100 ekar ini mempunyai pelbagai dusun dan taman. Antaranya Dusun Buah-Buahan, Dusun Kelapa Takunan, Taman Herba, dan Taman Kelulut. Selain itu, Rumah Orkid, Galeri Tani dan Bengkel Pemprosesan Industri Asas Tani (IAT).

  • ü  Galeri Tani

Tarikan utama di Taman Pertanian Johor ini ialah Galeri Tani. Ia telah dibina pada tahun 2016. Galeri ini menyimpan rangka tulang ikan paus yang ditemui terdampar di Pantai Pontian pada tahun 2015. Rangka ini telah diawetkan di Terengganu dan telah disimpan disini. Selain itu, pengunjung berpeluang melihat pameran jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani yang menerangkan fungsi dan projekyang telah dijalankan. 

Pengunjung dapat melihat rangka ikan paus yang telah diawet di galeri tani.


  • ü  Dusun Buah-Buahan

Dusun Buah-Buahan yang berkeluasan 40 ekar ini dikelilingi dengan pelbagai jenis buah-buahan tropika seperti durian, duku, langsat, rambutan, betik, pisang dan mata kucing.  Buah-buahan nadir juga terdapat di taman ini seperti cerpu, markisa, mentega dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang untuk merasai buah nadir tersebut kerana rasanya yang sangat unik. Selain itu pengunjung juga berpeluang memetic sendiri dan merasai keenakan buah-bauahn yang ditanam di Taman Pertanian ini.

Pengunjung dapat merasai pengalaman memetik sendiri buah-buahn semasa melawat ke dusun ini



  • ü  Dusun Kelapa

Dusun yang  berkeluasan 8 ekar ini merupakan satu-satunya lokasi tanaman kelapa Takunan yang terdapat  Semenanjung Malaysia selain di Sabah. Kelapa takunan ini berasal dari Filipina. Kini, taman ini dijadikan sebagai pusat percubaan penanaman kelapa takunan. 

Suasana di sekitar dusun kelapa takunan yang menghijau


  • ü  Taman Herba

Taman ini dibangunkan untuk memberi   pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat umum berkenaan tanaman herba. Landskapnya yang menarik dan berwarna-warni menjadi daya penarik kepada pengunjung untuk dating ke taman ini. Tambahan pula, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam sekitar bahkan mengetahui khasiat dan manfaat herba.

  • ü   Taman Kelulut

Pengunjung dapat mempelajari cara menternak lebah di Taman Kelulut. Mereka juga berpeluang untuk menuai sendiri madu kelulut dari sarangnya. Madu ini sememangnya mempunyai banyak khasiat. Saiz lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah lain, membuatkan ia mampu menghisap madu daripada bung sehingga ke ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.

Lakarkan kenangan anda menuai sendiri madu kelulut di taman ini.


  • ü  Laman Orkid

Seterusnya, laman Orkid juga terdapat di taman ini. Ia telah dibina pada tahun 2016. Bagi penggemar orkid, jangan lepaskan peluang untuk melihat pelbagai jenis orkid terdapat di laman ini.

Pelbagai spesis orkid terdapat di Laman Orkid.


Aktiviti Dan Kemudahan

Taman yang berkonsepkan ‘ladang rekreasi’ ini sesuai bagi pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi, Pengunjung boleh melakukan aktiviti berbasikal di sekitar taman ini, sambal menghirup udara segar dan menikmati Susana yang damai. Berbasikal merupakan aktiviti yang disukai oleh pengunjung.

Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti beriadah di taman ini.

SUMBER GAMBAR : My Metro


Selain itu, pengunjung akan di dibawa melawat ke ladang dengan menaiki tram. Caj yang dikenakan untuk menaiki tram ini adalah RM 3.00 seorang. Bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke bawahdan warga emas adalah percuma.


Kemudahan tram disediakan untuk memudahkan pengunjung mengelilingi taman ini

SUMBER GAMBAR : FB Taman Pertanian Kong Kong


Pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. ·         Tempat letak kereta
  2. ·         Tandas awam
  3. ·         Surau
  4. ·         Dewan terbuka
  5. ·         Bilik seminar
  6. ·         Bilik mesyuarat

Bagi pengunjung yang ingin bermalam, mereka boleh berkhemah di sini kerana tapak perkhemahan turut disediakan serta dilengkapi dengan kemudahan tandas.


Pengunjung boleh bermalam di sini.

SUMBER GAMBAR : FB Taman Pertanian Kong Kong



Kesimpulan

Pengunjung tidak perlu lagi ke luar negara untuk menerokai keindahan alam. Ini keranapelbagai tempat menarik terdapat di Malaysia seperti di Taman Pertanian Johor ini. Ia bukan sekadar tempat untuk menikmati pemandangan yang indah, malah dapat menambah pengetahuan tentan pertanian. Oleh itu, Taman Pertanian Johor sangat sesuai dilawati oleh semua lapisan masyarakt di samping menawarkan harga tiket yang berbaloi kepada pengunjung.

Encik Mohamad Shafiq Bin Md Mashuri (kiri) telah memberikan kerjasama yang baik kepada penulis Encik Shahrul Azhar Bin Sha’adan (kanan) untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai taman ini.



Sumber Rujukan :

1.Encik Mohamad Shafiq Bin Md Mashuri, Penolong Pegawai Pertanian di Taman Pertanian Johor, Kong Kong.

Catatan : 
Artikel ini dipetik dari Majalah Tinjauan terbitan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Edisi 2/2019.




Friday 6 November 2020

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020

 SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI 2020


YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020 pada 5 November 2020 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 31, Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia, No 7, Jalan Stesen Sentral 5, 50623 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Skim ini akan berkuat kuasa pada 9 November 2020 hingga 17 November 2020 (9 hari)  iaitu 5 hari sebelum, 1 hari semasa dan 3 hari selepas perayaan.

Harga pengeluar maksimumharga borong maksimum dan harga runcit maksimum barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Deepavali 2020 dinyatakan di dalam gambar di bawah ini.



Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Sunday 24 February 2019

Persekitaran Pemasaran



PERSEKITARAN PEMASARAN



Assalamualaikum W.B.T.. Pada posting kali ini saya ingin membincangkan berkenaan Persekitaran Pemasaran..

Pengenalan
·         Perubahan persekitaran akan mengubah keperluan & keberkesanan aktiviti pemasaran
·         Awasi perubahan persekitaran & cari penyesuaian
·         Terdiri dari semua pihak / kuasa di luar pemasaran
·         Terdapat 2 persekitaran pemasaran iaitu :
1.     Persekitaran mikro
2.     Persekitaran makro

Baiklah. Kita bincangkan satu persatu Persekitaran Pemasaran. Kita mulakan dengan Persekitaran Mikro


PERSEKITARAN MIKRO
·         Merangkumi kuasa-kuasa berdekatan dengan organisasi
·         Faktor persekitaran mikro yang boleh dikawal oleh organisasi ialah:
o   Syarikat
o   Perantara Pemasaran
o   Pesaing
o   Pembekal
o   Pelanggan
o   Orang Awam/Masyarakat

1.    Syarikat
  •     Pihak pengurusan atasan : misi, objektif, polisi, dasar
  •     Jabatan dalam syarikat : kewangan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, pembelian – perlu ada kerjasama
  •     Tingkah laku ahli-ahli  organisasi boleh dikawal
  •       Kemampuan organisasi – ambil kira saiz organisasi, kapasiti pengeluaran, jumlah pekerja mahir, sumber kewangan


2.    Pembekal
  •         Syarikat / orang perseorangan yang tawarkan bekalan sumber kepada pengeluar
  •      Kesan daripada pembekal :

o   Harga bekalan naik : naikkan harga kepada pengguna
o   Kekurangan / kelambatan bekalan, mogok : jejaskan pengeluaran & kesan negative kepada pengguna
  •      Syarikat perlu memerhati & pantau perkembangan pembekal


3.    Perantara Pemasaran
  • ·         Pengeluar yang membantu syarikat untuk memperkenal, mempromosi, menjual dan mengagih produk kepada pengguna akhir
  •        Mereka terdiri daripada :

o   Orang Tengah
§  Meraka mencari pengguna
§  Melakukan jualan seperti pemborong dan peruncit
o   Pengeluar Agihan Fizikal
§  Syarikat pengangkutan dan pergudangan
§  Menyimpan dan menggerakkan barangan
§  Contoh : Lazada & Shopee
o   Agensi Perkhidmatan Pemasaran
§  Terdiri daripada firma penyelidikan, agensi pengiklanan, firma media & firma penasihat pemasaran
o   Pengeluar Kewangan
§  Terdiri daripada bank, syarikat kredit, syarikat insurans/takaful & syarikat yang membantu pengurusan kewangan

4.    Pengguna / Pelanggan
  • ·         Ada 5 jenis :

o   Pasaran Pengguna
§  Individu / isirumah yang membeli barangan atau perkhidmatan untuk kegunaan sendiri
o   Pasaran Industri
§  Organisasi yang beli barangan atau perkhidmatan untuk tujuan pemprosesan atau digunakan untuk menjalankan perniagaan.
o   Pasaran Penjual Semula
§  Organisasi yang membeli barang untuk tujuan menjual semula untuk dapatkan keuntungan
o   Pasaran Kerajaan
§  Agensi kerajaan yang membeli barangan  / perkhidmatan untuk tujuan perkhidmatan untu tujuan perkhidmatan awam atau memindahkan kepada sesiapa yang memerlukannya
o   Pasaran Antarabangsa
§  Pembeli dari Negara lain termasuk pengguna, pengeluar, penjual dan kerajaan

5.    Pesaing
  • ·         Individu / Syarikat lain yang menawarkan barangan yang serupa dengan apa yang syarikat anda tawarkan
  •       Pesaing boleh jejaskan jualan syarikat
  •       Syarikat perlu tahu kekuatan & kelemahan mereka berbanding pesaing
  •       Tujuan : membangun dan jalankan strategi bagi mengatasi pesaing

6.    Orang Awam / Masyarakat
  • ·         Terdapat 7 kumpulan masyarakat :

o   Masyarakat Kewangan ; Contohnya - Bank , Koperasi
o   Masyarakat Media ; Contohnya – Akbar , Radio
o   Masyarakat Kerajaan ; Contohnya – Jabatan , Agensi
o   Masyarakat Tindakan Rakyat ; Contohnya - NGO, Persatuan Pengguna
o   Masyarakat Dalaman ; Contohnya – Individu yang bekerja dalam organisasi
o   Masyarakat umum ; Contohnya – Individu/kumpulan yang beri perhatian
o   Masyarakat Tempatan ; Contohnya – Penduduk tempatan

Alhamdulillah selesai bahagian Persekitaran Mikro. Kita bincangkan pula Persekitaran Makro.

PERSEKITARAN MAKRO
  • ·         Persekitaran yang lebih luas
  •       Ancaman dan peluang kepada masyarakat
  •        Pihak luar mempengaruhi persekitaran mikro
  •        Tidak boleh dikawal
  •        Antara faktor yang mempengaruhi persekitaran makro ialah :-

o   Demografi
o   Ekonomi
o   Alam Semulajadi
o   Teknologi
o   Politik & Perundangan
o   Sosiobudaya

1.       Demografi
·         Kajian populasi manusia dari segi saiz, kepadatan, tempat, umur, pekerjaan, suku, jantina, kelahiran, perkahwinan, kematian, bangsa dan lain-lain faktor statistik
·         Menjadi minat utama pemasar kerana manusia membentuk pasaran

2.       Ekonomi
·         Faktor yang mempengaruhi kuasa beli & corak perbelanjaan pengguna
·         Pengguna ada kuasa membeli.
·         Keupayaan membeli dipengaruhi oleh ;
o  Pendapatan
o  Harga produk
o  Wang simpanan / pelaburan
o  Pinjaman / kemudahan kredit
·         Pertumbuhan ekonomi baik : permintaan barangan & keuntungan meningkat

3.       Alam Semulajadi
·         Sumber semulajadi yang digunakan sebagai input :
o  Sumber bahan mentah
o  Sumber tenaga
o  Kadar pencemaran
o  Campur tangan kerajaan dalam pengurusan sumber semulajadi

4.       Teknologi
·         Teknolologi baru akan menyebabkan;
o  Wujud produk baru
o  Wujud peluang baru di pasaran
o  Mengurangkan kos pengeluaran
o  Mengurangkan harga produk

5.       Politik & Perundangan
·         Keputusan dalam pemasaran turut dipengaruhi oleh perkembangan politik
·         Politik merangkumi
o  Undang-undang
o  Agensi kerajaan
o  Kumpulan yang bioleh mempengaruhi aktiviti pemasaran

6.       Sosiobudaya
·         Adalah institusi dan tekanan yang mempengaruhi nilai, persepsi & sikap masyarakat
·         Adalah amat penting kerana masyarakat dibentuk oleh nilai dan kepercayaan mereka.
·         Contohnya pegangan nilai budaya dan perubahan budaya.

Alhamdulillah. Akhirnya selesai perbincangan kita pada hari berkaitan dengan Persekitaran Pemasaran… Semoga berjumpa lagi dengan posting-posting yang akan datang….
Sekian Terima Kasih….

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021

  SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2021 YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri d...