Tuesday 31 July 2018

Cara Mudah Mengenal Buah Durian Musang King

CARA MUDAH MENGENAL BUAH DURIAN MUSANG KING







Assalamualaikum W.B.T... Sempena musim durian ini, ingin saya kongsikan cara mudah mengenal buah Durian Musang King (D197)..

Perkongsian ini telah saya petik dari FB Pendidikan Pemasaran FAMA. Kredit diberikan kepada Bahagian Pendidikan Pemasaran & Khidmat Rundingan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di atas perkongsian ini di media sosial..




KLIK DI SINI untuk melihat posting tersebut di Facebook..


Antara petikan dari perkongsian tersebut :-

#CARA MUDAH MENGENAL #Durian #MusangKing.
.
Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi, sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit.
.
Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti #bolaragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan-akan #bintang pada bawah buahnya.


Antara ciri-ciri Musang King ialah:
1. Durinya yang berbentuk Piramid yang bersegi.
2. Mempunyai batang induk (Mahkota) yang tidak berduri dan agak botak serta berwarna coklat.
3. Kelihatan seakan tapak sulaiman (5/6 bucu) di pangkal buah.
4. Bentuk buahnya bujur seakan bola ragbi dan ada juga berbentuk seakan buah pinggang.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua... Sekian...

Catatan :
Jika ingin mendapatkan maklumat berkaitan Pendidikan Pemasaran, boleh KLIK DI SINI iaitu Laman Rasmi PENDIDIKAN PEMASARAN FAMA...







Sunday 29 July 2018

Perkembangan Konsep Pemasaran


PERKEMBANGAN KONSEP PEMASARAN


Assalamualaikum W.B.T…. Posting kali ini saya akan terangkan pula serba sedikit tentang Perkembangan Konsep Pemasaran…


Perkembangan Konsep Pemasaran terbahagi kepada 5 iaitu :-
1.       Konsep Pengeluaran
2.       Konsep Produk
3.       Konsep Jualan
4.       Konsep Pemasaran
5.       Konsep Pemasaran Kemasyarakatan

Apa yang dimaksudkan dengan Konsep Pengeluaran?
·         Pengguna boleh memilih keluaran yang tersedia & harga yang lebih murah.
·         Penekanan kepada tahap peningkatan dalam kecekapan pengeluaran & agihan keluaran.
·         Sesuai bila permintaan melebihi keluaran.

Apa pula Konsep Produk?
·         Pengguna gemar pada keluaran berkualiti tinggi, rekabentuk pelbagai, prestasi tinggi & harga mampu beli.
·         Andaian : produk yang baik diterima pelanggan tanpa membuat kajian iaitu sama ada produk tersebut benar-benar dikehendaki pelanggan ataupun tidak.
·         Fungsi organisasi ialah dari segi penambahbaikan keluaran secara berterusan.
·         Contoh : Telefon bimbit.

Seterusnya apa itu Konsep Jualan?
·         Pengguna akan membeli sesuatu produk apabila ada promosi & usaha jualan yang aktif.
·         Fungsi organisasi adalah dari segi tumpuan pada promosi dan pengiklanan untuk  memberitahu & tarik minat pelanggan.
·         Produk yang tidak dicari/dirancang.
·         Contoh : Insurans/takaful
·         Selalunya syarikat alami lebihan kapasiti kerana pengeluar jual keluaran, bukannya hasilkan produk yang dikehendaki oleh pasaran.

Kemudian apa pula yang dimaksudkan Konsep Pemasaran?
·         Kebolehan syarikat dalam memuaskan kehendak & keperluan sasaran pasaran lebih baik daripada pesaing.
·         Sebagai pemasar perlu faham kelakuan, tabiat membeli, maklum balas, rungutan dan cadangan pengguna.
·         Sebelum megeluarkan sesuatu produk perlu mengkaji keperluan, kehendak , citarasa, pendapatan pengguna dan sebagainya.

Dan terakhir sekali apa yang dimaksudkan dengan Konsep Pemasaran Kemasyarakatan?
·         Merupakan konsep yang terbaru.
·         Mengambil berat hal ehwal  & kebajikan pengguna serta masyarakat.
·         Sebagai organisasi perlu fahami dan memuaskan kehendak pengguna melalui cara terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangkamasa panjang.
·         Meletakkan kesejahteraan masyarakat sebagai asas yang utama iaitu dari segi isu persekitaran, sumber terhad dan masalah kemiskinan.
·         Contoh : Alat suria pemanas air yang menghasilkan air panas dan secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan elektrik.
Dalam Konsep Pemasaran Kemasyarakatan ini terdapat 3 faktor keseimbangan iaitu :
1.       Masyarakat (Kesejahteraan Manusia)
2.       Syarikat (Keuntungan)
3.       Pengguna (Kepuasan, Kehendak)

Antara Sumbangan/Faedah Sistem Pemasaran kepada Masyarakat ialah.
·         Memaksimumkan Penggunaan
·         Memaksimumkan Kepuasan Pengguna
·         Memaksimumkan Pilihan
·         Memaksimumkan Kualiti Hidup

Mari kita huraikan serba sedikit tentang Sumbangan/Faedah Sistem Pemasaran kepada Masyarakat.

Memaksimumkan Penggunaan
·         Menggalakkan penggunaan ke tahap yang maksima.
·         Pengguna banyak berbelanja/membeli, pengguna dan pemasar akan lebih gembira.
·         Apabila penggunaan meningkat, secara tidak langsung pengeluaran, pekerjaan dan kekayaan dapat ditingkatkan.

Memaksimumkan Kepuasan Pengguna
·         Antara kesan kepuasan pengguna terhadap produk ialah:
o   Membeli lagi produk tersebut.
o   Bercakap baik tentang syarikat tersebut.
o   Susah tertarik kepada produk pesaing.
o   Terus membeli produk lain dari syarikat yang sama.

Memaksimumkan Pilihan
·         Kepelbagaian produk membolehkan pengguna bebas membuat pilihan mengikut citarasa mereka.
·         Pengguna dapat memaksimumkan kepuasan mereka.

Memaksimumkan Kualiti Hidup
·         Membaiki mutu kehidupan dengan meningkatkan mutu produk, kuantiti, menyediakan produk untuk pengguna dan juga mutu alam sekitar.


Sekian sahaja perbincangan berkenaan Perkembangan Konsep Pemasaran. Semoga apa yang diterangkankan dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga berjumpa lagi di lain posting. Wassalam……

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021

  SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2021 YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri d...