PERCUTIAN DI 'LADANG REKREASI' TAMAN PERTANIAN JOHOR
Pengenalan
Malaysia memiliki pelbagai destinasi
yang indah dan sesuai untuk percutian hujung minggu anda! Anda ingin melancong
ke Johor? Apa yang menarik di Johor? Sebenarnya banyak destinasi yang menarik
anda boleh lawati. Jika anda sukakan aktiviti riadah sambal meneroka keindahan
alam semula jadi Taman Pertanian Johor adalah pilihan destinasi yang tepat.
Ketahui
Sejarah Penubuhan
Taman Pertanian Johor yang dahulunya
dikenali sebagai Pusat Pertanian Kong-kong. Ia dibuka pada tahun 1963. Taman
ini terletak di Lot 584, Mukim Sg Tiram, Kong-Kong, Pasir Gudang, Johor.
Lokasinya terletak kira-kira 45 km dari Bandar Johor Bahru. Tujuan pembukaan
taman ini adalah untuk mewujudkan persekitaran semula jadi yang menarik bagi
menggalakkan pelancongan berasaskan pertanian. Selain itu, ia dibangunkan untuk
meningkatkan mutu pengeluaran serta menjadi pusat pemerhatian teknologi dan
percubaan penanaman sayur-syuran dan buah-buahan.
Taman
Pertanian Johor ini dahulunya dikenali sebagai Pusat Pertanian Kong Kong.
Perasmian taman ini sebagai salah satu
pusat agropelancongan di negeri Johor telah diadakan sempena Majlis Sambutan
110 tahun Jabatan Pertanian dan Mini Agro Johor yang berlangsung pada 7 hingga
9 Ogos 2015.
Daya
Tarikan
Taman yang berkeluasan lebih dari 100
ekar ini mempunyai pelbagai dusun dan taman. Antaranya Dusun Buah-Buahan, Dusun
Kelapa Takunan, Taman Herba, dan Taman Kelulut. Selain itu, Rumah Orkid, Galeri
Tani dan Bengkel Pemprosesan Industri Asas Tani (IAT).
- ü Galeri Tani
Tarikan utama di Taman Pertanian Johor
ini ialah Galeri Tani. Ia telah dibina pada tahun 2016. Galeri ini menyimpan
rangka tulang ikan paus yang ditemui terdampar di Pantai Pontian pada tahun
2015. Rangka ini telah diawetkan di Terengganu dan telah disimpan disini. Selain
itu, pengunjung berpeluang melihat pameran jabatan dan agensi di bawah
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani yang menerangkan fungsi dan
projekyang telah dijalankan.
- ü Dusun Buah-Buahan
Dusun Buah-Buahan yang berkeluasan 40
ekar ini dikelilingi dengan pelbagai jenis buah-buahan tropika seperti durian,
duku, langsat, rambutan, betik, pisang dan mata kucing. Buah-buahan nadir juga terdapat di taman ini
seperti cerpu, markisa, mentega dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang untuk
merasai buah nadir tersebut kerana rasanya yang sangat unik. Selain itu
pengunjung juga berpeluang memetic sendiri dan merasai keenakan buah-bauahn
yang ditanam di Taman Pertanian ini.
- ü Dusun Kelapa
Dusun yang berkeluasan 8 ekar ini merupakan satu-satunya
lokasi tanaman kelapa Takunan yang terdapat Semenanjung Malaysia selain di Sabah. Kelapa
takunan ini berasal dari Filipina. Kini, taman ini dijadikan sebagai pusat
percubaan penanaman kelapa takunan.
Suasana di sekitar
dusun kelapa takunan yang menghijau
- ü Taman Herba
Taman ini dibangunkan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat
umum berkenaan tanaman herba. Landskapnya yang menarik dan berwarna-warni menjadi
daya penarik kepada pengunjung untuk dating ke taman ini. Tambahan pula,
pengunjung bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam sekitar bahkan
mengetahui khasiat dan manfaat herba.
- ü Taman
Kelulut
Pengunjung dapat mempelajari cara
menternak lebah di Taman Kelulut. Mereka juga berpeluang untuk menuai sendiri
madu kelulut dari sarangnya. Madu ini sememangnya mempunyai banyak khasiat.
Saiz lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah lain, membuatkan ia mampu
menghisap madu daripada bung sehingga ke ruang paling dalam. Hasilnya, madu
yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.
- ü Laman Orkid
Seterusnya, laman Orkid juga terdapat di
taman ini. Ia telah dibina pada tahun 2016. Bagi penggemar orkid, jangan
lepaskan peluang untuk melihat pelbagai jenis orkid terdapat di laman ini.
Aktiviti
Dan Kemudahan
Anda boleh
melakukan pelbagai aktiviti beriadah di taman ini.
Selain itu, pengunjung akan di dibawa
melawat ke ladang dengan menaiki tram. Caj yang dikenakan untuk menaiki tram
ini adalah RM 3.00 seorang. Bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke bawahdan
warga emas adalah percuma.
Kemudahan tram
disediakan untuk memudahkan pengunjung mengelilingi taman ini
SUMBER GAMBAR : FB Taman Pertanian Kong Kong
Pelbagai kemudahan dan kelengkapan
disediakan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung. Antara kemudahan yang
disediakan adalah seperti berikut:
- · Tempat letak kereta
- · Tandas awam
- · Surau
- · Dewan terbuka
- · Bilik seminar
- · Bilik mesyuarat
Bagi
pengunjung yang ingin bermalam, mereka boleh berkhemah di sini kerana tapak
perkhemahan turut disediakan serta dilengkapi dengan kemudahan tandas.
Pengunjung
boleh bermalam di sini.
SUMBER GAMBAR : FB Taman Pertanian Kong Kong
Kesimpulan
Pengunjung tidak perlu lagi ke luar
negara untuk menerokai keindahan alam. Ini keranapelbagai tempat menarik
terdapat di Malaysia seperti di Taman Pertanian Johor ini. Ia bukan sekadar
tempat untuk menikmati pemandangan yang indah, malah dapat menambah pengetahuan
tentan pertanian. Oleh itu, Taman Pertanian Johor sangat sesuai dilawati oleh
semua lapisan masyarakt di samping menawarkan harga tiket yang berbaloi kepada
pengunjung.
Encik Mohamad
Shafiq Bin Md Mashuri (kiri) telah memberikan kerjasama yang baik kepada
penulis Encik Shahrul Azhar Bin Sha’adan (kanan) untuk mendapatkan beberapa
maklumat mengenai taman ini.
No comments:
Post a Comment