Monday 4 June 2018

Kaedah Merancang Penanaman Sayur-sayuran

KAEDAH MERANCANG PENANAMAN SAYUR-SAYURAN 

Assalamualaikum W.B.T...

Pada posting kali ini saya ingin kongsikan kaedah merancang penanaman sayur-sayuran mengikut trend semasa agar dapat mengelakkan dari isu lambakan..

Ini adalah perkongsian dari seorang insan yang sangat saya kagumi. Beliau sangat pakar dalam bidang pertanian.. Posting ini dipetik dari facebook beliau Nurwahidah Hambali.

Saya merasakan catatan beliau ini sangat-sangat berguna kepada semua petani.

Kredit kepada Puan Nurwahidah Hambali.





Petikan Dari Catatan Beliau..

Beberapa minggu ini kebanyakkan harga sayur menjunam terutama cili dan timun....
Dan kelok ini berlaku hampir saban tahun...
Masuk Ramadhan je akan berlaku kes kes lambakan...

Ini sedikit ulasan dr saya..
dari kacamata seorang petani...
yg sedikit sebanyak terkesan juga di hati saya

Selama 15 tahun sy di lapangan..
tanaman timun dan cili sinonim dgn kepakaran sy selain Rock Melon dan tanaman sampingan lain...
Tetapi sy sgt aware dengan tanaman timun dan cili yg mesti x de harga saban tahun pada waktu2 yg berbeza...

1. Awal Februari hingga Mei  - panas berpanjangan yg menyebabkan tanaman menjadi dan berlaku lambakan - elak tanam dlm kuantiti besar dan pelbagaikan tanaman sayuran yg lain..

2. Ketika bulan Ramadhan - elak tanam timun dan berhasil pada bulan puasa - org kurang makan nasi lemak, dll menu berasas timun/cili

6 bulan pertama setiap tahun akan berlaku lambakan ini..

dulu sy sebagai PETANI mula faham kelok ini dan mengatur strategi. Dan sy hampir jarang sekali kene pada harga x logik...

sy hanya akan tanam byk bermula tuaian minggu pertama syawal hingga penghujung Disember..
yer ketika itu hujan mula berpanjangan..hasil kurang, permintaan tinggi...tanaman mudah rosak sebab kelembapan tinggi...

TETAPI sebagai pengamal amalan pertanian lestari sy cuba menyerap banyak kos terutama input pertanian. Penggunaan mikrob dan baja organik sebagai foliar dan kawalan sgt membantu tanaman sy terutama timun dan cili. Tanaman sy dpt bertahan dalam cuaca ekstrem. Baja yg sy gunakan juga sgt minima tetapi hasil sy tinggi..jadi kos timun saya hanya sekitar rm0.30 /kg dan walaupun harga murah sy masih dpt serap kos.

Masa harga murah- musim panas
Hasil sy tinggi - 30MT/ekar
harga rm0.30 hingga rm0.50 /kg masih dpt jual

Masa harga mahal -musim hujan
Hasil sy sederhana - 20MT/ekar
harga rm1.00 hingga rm2.00 boleh cover kos masa murah..

inilah amalan sy bertahun2 sepanjang berada di lapangan...

Sy juga tidak bergantung dgn hasil timun dan cili ketika itu kerana dpt mengeluarkan 3 hingga 4 musim tanaman Rock Melon/ setahun dan Rock Melon tiada harga jatuh...dan statik RM3.60/kg sejak 15 tahun lalu.. dan Rock Melon tanaman yg paling banyak menyumbang kepada hasil syarikat...

TIADA yg mustahil
Jgn terjun dlm bidang PERTANIAN jika x kuat
Jgn salahkan agensi atau sesiapa sahaja di sekeliling kita
jgn mudah melatah jika kita diuji dengan harga rendah...

Sentiasa perbaiki diri dan ladang dr tahun ke tahun
sentiasa cari ilmu
Sy ada kesempatan dpt belajar di Jepun, sy juga berpeluang ke Thailand beberapa kali dan sempat ke Indonesia...di samping banyakkan membaca dan melihat inovasi dr luar negara...

Dan akhirnya saya FOKUS kepada satu biz yg bukan sahaja dpt membantu diri saya dan keluarga tetapi rakan2 saya...

Selepas 15 tahun...
Sy kini selesa sebagai trainer dan founder produk Sri Organik
Sy ingin membantu rakan2 semua..
Hasil boleh ditingkatkan
Ramalan boleh kita buat
Tanah kite perbaiki
inovasi kite pertingkatkan...
Buang hasil seperti ini dpt kita elakkan jika kita faham apa game yg ada...

Beratus seminar dan kursus yg sy anjurkan...
Yg kadang2 PERCUMA...
Sebab apa...sebab sy tau air mata seorang PETANI itu sgt berharga....

Sy menulis entah ke berapa ratus kali
Dan sy x akan berhenti menulis setiap kali akan lalu di wall sy kesedihan hati petani2 yg terpaksa menguburkan timun dll seperti ini...

AYUH rakan2 semua
Kembali kepada pertanian FITRAH
PERCAYALAH - ANDA X akan RUGI...
Yg RUGI adalah kesilapan demi kesilapan kita dlm mengurus ladang kita.... dan salah menyalahkan sistem yg ada...

nota kaki : Lambakan sayuran : Buat baja organik/ kompos/ MOL utk digunakan pada musim akan dtg....

Cara buat Mol Timun

1 kg Timun dipotong
1 kg gula merah diperam selama seminggu
PERAM TANPA AIR

Ambil cecair gunakan 5ml/1 liter air
Sembur pada tanaman timun ketika mula berbuah
Hasil akan meningkat 3 kali ganda
SELAMAT MENCUBA

utk kompos
Potong timun campurkan dengan tanah dan tinja ayam, Sembur dengan IMO, peram kompos selama 3 hingga 4 minggu.
Ambil kompos dan tambak batas tanaman kita sebagai pemangkin dan menyuburkan tanah. Tanah akan kaya dengan nitrogen dan kalium.

kredit foto : Puan Elly...

Ikhlas....
Nur Wahidah Hambali
Kuala Selangor



Semoga perkongsian dari beliau ini dapat memberi manfaat kepada semua petani..

Catatan : Penulis pernah berkenalan dengan beliau semasa beliau memberikan ceramah berkenaan Penanaman secara lestari dengan membuat baja secara organik kepada petani-petani di Merchong, Pekan, Pahang. 


Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021

  SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2021 YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri d...