Sunday 27 May 2018

Apa Itu Pemasaran ?????





APA ITU PEMASARAN?????





Definisi Pemasaran mengikut Philip Kotler & Gary Armstrong : Satu proses sosial dan pengurusan dimana individu dan kumpulan memperoleh apa yang diperlukan dan inginkan melalui penciptaan, penawaran dan pertukaran produk dan perkhidmatan dengan nilai secara bebas.

Definisi Pemasaran mengikut American Marketing Association (AMA) : Proses perancangan dan pelaksanaan konsepsi, penentuan harga, promosi dan pengagihan idea, barangan dan perkhidmatan untuk mencipta pertukaran yang memuaskan individu dan objektif organisasi.


5 ELEMEN / KONSEP TERAS PEMASARAN
1.       Keperluan, kehendak dan Permintaan
2.       Produk / Perkhidmatan
3.       Nilai, Kepuasan & Kualiti
4.       Pertukaran, Urusniaga & Perhubungan
5.       Pasaran




Mula-mula mari kita bincangkan elemen pertama dahulu iaitu apa yang dimaksudkan dengan Keperluan, Kehendak Dan Permintaan

KEPERLUAN
Keperluan manusia meliputi :-
·         Keperluan Fizikal – Makanan &  Pakaian
·         Keperluan Sosial – Kasih Sayang, Hidup Berjiran
·         Keperluan Individu – Ilmu Pengetahuan
·         Keperluan pencapaian hasrat diri – Kemajuan & Kejayaan diri

Catatan : Keperluan wujud semulajadi dan bukannya dihasilkan oleh pemasar.

KEHENDAK
Takrif : Keperluan manusia yang dibentuk oleh kebudayaan dan personaliti individu.
Contohnya : Pengarah urusan membeli kereta mewah seperti Mercedes untuk menjaga imej dan status. Manakala jurujual kereta hanya membeli Perodua Viva sahaja untuk keperluan peribadi.

PERMINTAAN
Takrif : Kehendak manusia disokong oleh kuasa membeli.
Sumber yang terdapat bagi seseorang adalah terhad. Oleh yang demikian, manusia akan memilih produk yang dapt memberi kepuasan meksimum bagi jumlah wang yang dibelanjakan. Maka jika seseorang mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli, kehendak akan bertukar menjadi permintaan.
Catatan :  Kehendak + Kemampuan = Permintaan




Baik, seterusnya kita bincang pula elemen yang kedua iaitu Produk & Perkhidmatan (Service).

PRODUK & PERKHIDMATAN
Definisi : Merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak.
Produk dan Perkhidmatan perlu dihasilkan untuk memenuhi kehendak dan permintaan.

Produk ada 2 jenis iaitu Produk Berciri Ketara (Tangible) Dan Produk Tidak Ketara (Intangible).

1.       Produk Berciri Ketara
·         Sesuatu yang boleh dipegang, dilihat, berwarna, dimiliki dan mempunyai berat.
·         Juga disebut barangan.
·         Contohnya : Sayur-sayuran, Buah-buahan, Makanan DLL

2.       Produk Berciri Tidak Ketara
·         Sesuatu yang tidak boleh dilihat, dipegang, dimili dan tidak boleh disimpan.
·         Produk dalam bentuk Perkhidmatan
·         Contohnya : Perunding khidmat pertanian, Perkhidmatan sewaan





Seterusnya kita akan membincangkan elemen yang ketiga iaitu Nilai, Kepuasan & Kualiti

NILAI    
Definisi : Perbezaan antara manfaat yang diperolehi pelanggan daripada menggunakan sesuatu produk berbanding dengan kos untuk mendapatkan produk tersebut.
Contoh : Pengguna sanggup membayar kos penghantaran yang tinggi di ABX Express kerana yakin perkhidmatan kurier yang ditawarkan lebih efisyen berbanding kurier Pos Laju.

KEPUASAN        
Definisi : Bergantung kepada pelaksanaan produk dalam menyampaikan nilai yang berhubung dengan jangkaan pembeli.
Contoh : Pengguna rasa berpuas hati dengan layanan dan masakan yang disediakan oleh sesebuah restoran.

KUALITI
Definisi : Keseluruhan ciri-ciri keluaran atau perkhidmatan yang berupaya untuk memuaskan keperluan pelanggan.
Mempunyai kesan langsung ke atas prestasi produk dan seterusnya ke atas kepuasan pengguna.
Contoh : Pengurusan Kualiti Menyeluruh / Total Qualiti Management (TQM)
Catatan : TQM direka untuk terus memperbaiki kualiti produk, perkhidmatan dan proses pemasaran.






Selesai perbincangan elemen yang ketiga. Kita bincang pula elemen yang keempat iaitu Pertukaran, Urusniaga & Perhubungan


PERTUKARAN   
Definisi : Satu aktiviti untuk memperoleh sesuatu objek yang diingini dari orang lain dengan menawarkan sesuatu sebagai pulangan.
5 syarat pertukaran :
1.       Dua pihak mesti terlibat.
2.       Setiap pihak mempunyai sesuatu yang bernilai untuk ditukarkan.
3.       Setiap pihak mempunyai kebebasan untuk menerima atau menolak tawaran masing-masing.
4.       Setiap pihak haruslah mampu berkomunikasi dan memenuhi janji yang diberikan.
5.       Pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk berurusan antara satu sama lain


URUSNIAGA     
Definisi : Melibatkan pertukaran wang dengan barangan/produk yang lazim berlaku di pasaran dan juga terlaksana apabila wujudnya persetujuan untuk menukar sekurang-kurangnya dua perkara yang bernilai mengikut syarat-syarat tertentu.
Catatan : Pertukaran barangan dengan barangan/perkhidmatan, dinamakan sebagai Perdagangan Barter (Barter Trade).


PERHUBUNGAN              
Definisi : Hubungan antara pemasar dengan pelanggan yang amat berharga kepada pemasar, pengedar, wakil jualan dan pembekal yang dapat mewujudkan perhubungan ekonomi dan sosial yang kukuh. Rangkaian hubungan yang baik ialah kedua-dua pihak menjanjikan dan menyediakan produk berkualiti tinggi dengan harga berpatutan.







Kita sampai ke penghujungnya. Elemen/Konsep Teras yang terakhir dalam ialah Pasaran. Mari kita sama-sama bincangkan.

PASARAN           
Definisi : Konsep pertukaran membawa kepada konsep pasaran. Pasaran ialah satu kumpulan individu @ organisasi yang mempunyai keperluan dan keinginan kepada sesuatu barangandan kumpulan ini mempunyai kuasa beli untuk membelinya.






Tamat sudah serba sedikit tentang asas  Pemasaran.. Insha Allah pada posting yang akan datang kita akan membincangkan pula Perkembangan Konsep Pemasaran, Pengurusan Pemasaran, Persekitaran Pemasaran dan banyak lagi perkara yang berkaitan dengan Pemasaran. Semoga berjumpa lagi. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021

  SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2021 YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri d...