Sunday 23 September 2018

Program Ladang Kontrak



PROGRAM LADANG KONTRAK

Assalamualaikum W.B.T.

Ada berita baik untuk petani-petani di luar sana…

Posting pada kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit berkaitan dengan Program Ladang Kontrak yang diwujudkan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA Inc.)






PENGENALAN LADANG KONTRAK
·     Dalam RMKe-9, sektor pertanian telah diberi tumpuan yang khusus khasnya kepada aktiviti-aktiviti yang boleh membantu kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai jentera pertubuhan ekonomi ketiga Negara.
·       Penekanan diberi kepada bidang pengeluaran berkualiti dan nilai tambah yang tinggi menerusi aktiviti seperti penggredan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan serta pemasaran yang teratur.
·   Tumpuan program/aktiviti yang selaras dengan plan Balance of Trade (BOT) Kementerian Pertanian dan Industri  Asas tani.
·      Pendekatan secara bersepadu di antara Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri  Asas Tani.



DEFINISI LADANG KONTRAK

Satu ikatan persetujuan di antara pemasar dengan pengeluar melalui:-

FAMA menjamin pasaran melalui belian terus berasaskan terma dipersetujui 

Atau

FAMA mengatur pasaran

Atau

FAMA menjadi fasilitator kepada jabatan yang membimbing peserta yang berurusan terus dengan pemasar di mana petani perlu membekalkan produk mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam terma perjanjian yang dipersetujui bersama.



OBJEKTIF LADANG KONTRAK
·         Menjamin pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar.
·         Mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran.
·         Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran.
·         Mempertingkatkan pemindahan teknologi di sepanjang rantaian bekalan.


FAEDAH LADANG KONTRAK

Petani
·         Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan.
·         Menjana dan menambah pendapatan.
·   Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada jabatan dan agensi.
·       Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan.
·       Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.

Pembeli
·  Mendapat bekalan yang berkualiti dan berterusan pada masa yang diperlukan mengikut spesifikasi pasaran.

Penentuan Harga Belian
·      Terdapat 2 Kaedah belian produk Ladang Kontrak iaitu :
                            i.            Belian pada harga tetap
                           ii.           Belian pada harga semasa, disokong dengan harga lantai



PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH JABATAN / AGENSI DI BAWAH PROGRAM LADANG KONTRAK

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
·         Jaminan Pasaran
·         Insentif Bimbingan
·         Pengaturan Pasaran
·         Khidmat Sokongan Pemasaran

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
·         Pembiayaan Infrastruktur Asas
·         Penyaluran Input Awal
·         Pembiayaan Infrastruktur Pengeluaran Dan Pemasaran
·         Pengaturan Program Latihan

Jabatan Pertanian (DOA)
·         Khidmat Nasihat Perkembangan
·         Bantuan Insentif Pertanian
·         Latihan dan Kursus Teknikal dan Motivasi
·         Penyertaan Skim MyGAP

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
·         Bantuan Input Pertanian
·         Bantuan Bahan Input Tambahan
·         Kemudahan Infrastruktur

Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI)
·         Research And Development
·         Perkhidmatan Bimbingan
·         Program Latihan

AGROBANK
·         Menyediakan dan mempermudahkan skim pembiayaan kemudahan kredit



KOMODITI YANG TERPILIH DI BAWAH LADANG KONTRAK

12 Jenis  Sayur-Sayuran Yang Tersenarai iaitu :-

·         Bendi                     : Hijau (5 Segi)
·         Cili                         : Kulai, Batu Pahat, Minyak, Korean Hot (Hybrid)
·         Halia Tua               : Bentong
·         Kacang Buncis      : White Flower/Putih
·         Kacang Panjang     : 388, 328
·         Kobis                     : KY Cross (Tanah Tinggi), Tropicana
·         Ketola Segi            : Tempatan Terpilih, F1 (Thailand-Hijau/Putih)
·         Terung                   : 302, 312, 1540
·         Timun                    : 118, 980
·       Tomato                    : Holand: 1039, 322, 263, Denmark 163, Baccarat (Sistem Fertigasi)
·         Labu                       : Taiwan 767, 868
·         Cendawan              : Shiitake (Sabah)



17 Jenis  Buah-Buahan Yang Tersenarai iaitu :-

·         Belimbing             : B10, B17
·         Betik                     : Eksotika, Sekaki/Hong Kong, Subang/Batu
·         Durian                  : D197, D24, D99 & Klon
·         Jambu Batu          : Thai Tanpa Biji, Kampucea GU 8, Klom Toon Klau GU 9, Klom GU 10
·         Limau                  : Bali P056/Melomas, Bali P051/Sha Ting, Bali P052/Tambun, Madu, M33                                 (Limau Wangi Malaysia)
·         Mangga                : MA224 (Chokanan), MA128 (Harumanis), Sala
·         Nanas                   : Morris Josaphine, N36, Gandul, MD2
·         Nangka                 : J31/Ns1, J29, J33 (Tekam Yellow), J37(Mastura)
·         Cempedak            : CH1, CH27, CH28, CH32, CH34 (Singkir), CH 38 (Cempedak Durian)
·         Pitaya                   : Isi Merah, Isi Putih
·         Pisang                   : Berangan, Mas, Cavendish, Tanduk/Lang, Rastali, Nipah
·         Rambutan             : Anak Sekolah, Deli
·         Tembikai              : Merah Tanpa Biji, Wangi, Golden Langkawi, Rock Melon, Apollo
·         Longan                 : Edaw (Sarawak)
·         Dokong                 : D02 (Dokong Kering)
·         Manggis                : GA2 (Mesta)
·         Dabai (Sarawak)




6 Jenis  Tanaman Yang Tersenarai iaitu :-

·         Jagung Manis          : F1 522, 969
·         Keledek                   : VitAto, Tempatan Terpilih
·         Roselle                    : UM-UKL 1
·         Ubi Kayu                 : Kuning, Putih, Sri Pontian
·         Tebu                         : Tebu Telur
·         Kelapa                     : Matag & Kelapa (Santan)



2 Jenis  Bunga-Bungaan Yang Tersenarai iaitu :-

·         Orkid
·         Temperate Flowers – Kekwa

*Nota : Tanaman Bunga-Bungaan hanya dimasukkan jika petani ada hubungan pemasaran dengan Pengeksport





10 Jenis  Tanaman Herba Yang Tersenarai iaitu :-

·         Misai Kucing
·         Kacip Fatimah
·         Tongkat Ali
·         Dokong Anak
·         Hempedu Bumi
·         Halia
·         Pegaga
·         Limau Purut
·         Mengkudu
·         Mas Cotek

*Nota : Tanaman Herba hanya dimasukkan jika petani ada hubungan pemasaran dengan Pemproses/Kilang




SYARAT-SYARAT MENYERTAI LADANG KONTRAK

·         Individu Perseorangan / Kelompok Petani / Syarikat.
·         Memiliki kawasan tanah tapak projek dengan pemilikan / sewaan yang sah disisi undang-undang.
·         Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam projek tanaman yang diusahakan.
·         Berpengalaman dalam pengeluaran komoditi buah dan sayur yang diusulkan.
·         Mempunyai modal kerja yang mencukupi.



CARA PERMOHONAN

·         Permohonan untuk menyertai LAdang Kontrak boleh di pohon di semua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian yang berdekatan : -
1.       Jabatan Pertanian (DOA)
2.       Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) / Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
3.       Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
4.       Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
5.       Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM Sabah)
6.       Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak (KPP Sarawak)

UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH KLIK DISINI (PORTAL RASMI FAMA)







Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021

  SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2021 YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri d...