APA ITU
PEMASARAN?????
Definisi Pemasaran
mengikut Philip Kotler & Gary Armstrong : Satu proses sosial dan
pengurusan dimana individu dan kumpulan memperoleh apa yang diperlukan dan
inginkan melalui penciptaan, penawaran dan pertukaran produk dan perkhidmatan
dengan nilai secara bebas.
Definisi Pemasaran
mengikut American Marketing Association (AMA) : Proses perancangan dan pelaksanaan
konsepsi, penentuan harga, promosi dan pengagihan idea, barangan dan
perkhidmatan untuk mencipta pertukaran yang memuaskan individu dan objektif
organisasi.
5 ELEMEN / KONSEP TERAS
PEMASARAN
1.
Keperluan, kehendak dan Permintaan
2.
Produk / Perkhidmatan
3.
Nilai, Kepuasan & Kualiti
4.
Pertukaran, Urusniaga & Perhubungan
5.
Pasaran
Mula-mula mari kita bincangkan elemen pertama dahulu iaitu apa yang dimaksudkan
dengan Keperluan, Kehendak Dan Permintaan
KEPERLUAN
Keperluan manusia meliputi :-
·
Keperluan Fizikal – Makanan & Pakaian
·
Keperluan Sosial – Kasih Sayang, Hidup Berjiran
·
Keperluan Individu – Ilmu Pengetahuan
·
Keperluan pencapaian hasrat diri – Kemajuan &
Kejayaan diri
Catatan : Keperluan wujud semulajadi dan bukannya
dihasilkan oleh pemasar.
KEHENDAK
Takrif : Keperluan manusia yang dibentuk oleh kebudayaan
dan personaliti individu.
Contohnya : Pengarah urusan membeli kereta mewah seperti
Mercedes untuk menjaga imej dan status. Manakala jurujual kereta hanya membeli
Perodua Viva sahaja untuk keperluan peribadi.
PERMINTAAN
Takrif : Kehendak manusia disokong oleh kuasa membeli.
Sumber yang terdapat bagi seseorang adalah terhad. Oleh
yang demikian, manusia akan memilih produk yang dapt memberi kepuasan meksimum
bagi jumlah wang yang dibelanjakan. Maka jika seseorang mempunyai kehendak
serta kemampuan untuk membeli, kehendak akan bertukar menjadi permintaan.
Catatan : Kehendak
+ Kemampuan = Permintaan
Baik, seterusnya kita bincang pula elemen yang kedua iaitu
Produk & Perkhidmatan (Service).
PRODUK &
PERKHIDMATAN
Definisi : Merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada
pasaran untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu
keperluan atau kehendak.
Produk dan Perkhidmatan perlu dihasilkan untuk memenuhi
kehendak dan permintaan.
Produk ada 2 jenis iaitu Produk Berciri Ketara (Tangible)
Dan Produk Tidak Ketara (Intangible).
1.
Produk
Berciri Ketara
·
Sesuatu yang boleh dipegang, dilihat, berwarna,
dimiliki dan mempunyai berat.
·
Juga disebut barangan.
·
Contohnya : Sayur-sayuran, Buah-buahan, Makanan
DLL
2.
Produk
Berciri Tidak Ketara
·
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, dipegang,
dimili dan tidak boleh disimpan.
·
Produk dalam bentuk Perkhidmatan
·
Contohnya : Perunding khidmat pertanian,
Perkhidmatan sewaan
Seterusnya kita akan membincangkan elemen yang ketiga
iaitu Nilai, Kepuasan & Kualiti
NILAI
Definisi : Perbezaan antara manfaat yang diperolehi
pelanggan daripada menggunakan sesuatu produk berbanding dengan kos untuk
mendapatkan produk tersebut.
Contoh : Pengguna sanggup membayar kos penghantaran yang
tinggi di ABX Express kerana yakin perkhidmatan kurier yang ditawarkan lebih
efisyen berbanding kurier Pos Laju.
KEPUASAN
Definisi : Bergantung kepada pelaksanaan produk dalam
menyampaikan nilai yang berhubung dengan jangkaan pembeli.
Contoh : Pengguna rasa berpuas hati dengan layanan dan
masakan yang disediakan oleh sesebuah restoran.
KUALITI
Definisi : Keseluruhan ciri-ciri keluaran atau
perkhidmatan yang berupaya untuk memuaskan keperluan pelanggan.
Mempunyai kesan langsung ke atas prestasi produk dan
seterusnya ke atas kepuasan pengguna.
Contoh : Pengurusan Kualiti Menyeluruh / Total Qualiti
Management (TQM)
Catatan : TQM direka untuk terus memperbaiki kualiti
produk, perkhidmatan dan proses pemasaran.
Selesai perbincangan elemen yang ketiga. Kita bincang
pula elemen yang keempat iaitu Pertukaran, Urusniaga & Perhubungan
PERTUKARAN
Definisi : Satu aktiviti untuk memperoleh sesuatu objek
yang diingini dari orang lain dengan menawarkan sesuatu sebagai pulangan.
5 syarat pertukaran :
1. Dua
pihak mesti terlibat.
2. Setiap
pihak mempunyai sesuatu yang bernilai untuk ditukarkan.
3. Setiap
pihak mempunyai kebebasan untuk menerima atau menolak tawaran masing-masing.
4. Setiap
pihak haruslah mampu berkomunikasi dan memenuhi janji yang diberikan.
5. Pihak-pihak
yang terlibat bersetuju untuk berurusan antara satu sama lain
URUSNIAGA
Definisi : Melibatkan pertukaran wang dengan
barangan/produk yang lazim berlaku di pasaran dan juga terlaksana apabila
wujudnya persetujuan untuk menukar sekurang-kurangnya dua perkara yang bernilai
mengikut syarat-syarat tertentu.
Catatan : Pertukaran barangan dengan
barangan/perkhidmatan, dinamakan sebagai Perdagangan Barter (Barter Trade).
PERHUBUNGAN
Definisi : Hubungan antara pemasar dengan pelanggan yang
amat berharga kepada pemasar, pengedar, wakil jualan dan pembekal yang dapat mewujudkan
perhubungan ekonomi dan sosial yang kukuh. Rangkaian hubungan yang baik ialah
kedua-dua pihak menjanjikan dan menyediakan produk berkualiti tinggi dengan
harga berpatutan.
Kita sampai ke penghujungnya. Elemen/Konsep Teras yang
terakhir dalam ialah Pasaran. Mari kita sama-sama bincangkan.
PASARAN
Definisi : Konsep pertukaran membawa kepada konsep
pasaran. Pasaran ialah satu kumpulan individu @ organisasi yang mempunyai
keperluan dan keinginan kepada sesuatu barangandan kumpulan ini mempunyai kuasa
beli untuk membelinya.
Tamat sudah serba sedikit tentang asas Pemasaran.. Insha Allah pada posting yang
akan datang kita akan membincangkan pula Perkembangan Konsep Pemasaran,
Pengurusan Pemasaran, Persekitaran Pemasaran dan banyak lagi perkara yang
berkaitan dengan Pemasaran. Semoga berjumpa lagi. Terima Kasih.