Wednesday 23 May 2018

Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS)


GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR (GBBS)





Assalamualaikum W.B.T…

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang bantuan-bantuan yang ada disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan-usahawan. Antaranya adalah bantuan melalui Agensi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dibawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA inc.) iaitu bantuan Projek Gerai Buah-buahan Segar (GBBS).






Latar Belakang

Projek Gerai Buah buahan Segar (GBBS) telah bermula pada April 2006. Pada masa itu projek tersebut dikenali sebagai Gerai Buah Bimbingan FAMA (GBBF). Tujuan utama projek GBBS adalah bagi mewujudkan ikatan kerjasama dan kesefahaman dengan usahawan gerai buah-buahan sedia ada bagi membantu pihak FAMA memperluaskan pasaran dan luang agihan agar kesan isu lambakan buah-buahan terutamanya buah-buahan bermusim di kawasan-kawasan pengeluaran tertentu dapat dikurangkan.

Definisi

GBBS adalah merupakan sebuah premis yang menjalankan aktiviti urusniaga buah-buahan segar sebagai komoditi utamanya yang dinaiktaraf/dibangunkan oleh pihak FAMA dengan mengguna pakai imej korporat projek yang seragam. Premis tersebut boleh merupakan premis sedia ada usahawan milik sendiri/disewa ataupun premis yang dibangunkan oleh pihak FAMA dan kemudiannya diuruskan/disewakan kepada usahawan dengan syarat-syarat tertentu. Komponen di bawah projek GBBS yang dinaiktaraf dan diberikan secara pinjaman adalah termasuk struktur bahagian bumbung, peralatan peragaan, mengecat warna korporat pada bahagian yang munasabah serta bahan-bahan promosi mengikut kategori GBBS.

Objektif

·         Meningkatkan nilai jualan dan pendapatan usahawan melalui tarikan pengunjung ke atas konsep keseragaman, kebersihan
·         Memberi  peluang peserta projek mewujudkan rangkaian pemasaran bagi urusniaga buah-buahan sesama peserta
·         Meningkatkan saluran peruncitan secara terus dari pengeluar ke pengguna menerusi perantara yang dibimbing dibawah rangkaian GBBS yang diwujudkan yang mempunyai imej yang seragam
·         Membolehkan pengguna mendapatkan bekalan buah-buahan secara mudah pada harga yang berpatutan dan munasabah
·         Memberi peluang bagi penyaluran buah-buahan bermusim yang mempunyai risiko pengeluaran berlebihan
·         Seiringan dengan dasar Transformasi Negara dalam sektor peruncitan buah-buahan seiringan dengan dasar Negara maju 2020

Kategori GBBS

1.       GBBS Separa Kekal
2.       GBBS Kekal
3.       Medan GBBS

Syarat Penyertaan

·         Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
·         Usahawan telah menjalankan perniagaan buah-buahan sekurang-kurangnya 1 tahun
·         Usahawan mempunyai lessen perniagaan dan premis yang sah disisi undang-undang
·         Memiliki modal yang mencukupi dengan rekod jualan yang baik sekurang-kurangnya   RM10,000.00 sebulan
·         Komoditi buah-buahan utama yang dijual mestilah terdiri daripada 70% buah-buahan tempatan
·         Walaubagaimanapun buah-buahan import dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 30% daripada nilai keseluruhan urusniaga pada setiap masa
·         Mempunyai dokumen perniagaan yang sah disisi undang-undang
Ø  Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
Ø  Lesen Perniagaan dari PBT
Ø  Kebenaran menduduki tapak perniagaan dari PBT/JKR/pemilik tanah/pihak yang berkaitan
·         Boleh bekerjasama dengan FAMA dan bersetuju untuk mengubahsuai premis kepada konsep standard Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS)

Cara Permohonan

·         Borang boleh diperolehi dari Pejabat FAMA Negeri atau Daerah yang berdekatan. Boleh juga  dimuat turun dari laman web FAMA.
·         Pemohon hendaklah mengisi  Borang Permohonan Gerai Buha-buah Segar (GBBS) dan   mengemukakan permohonan kepada Pejabat FAMA Negeri / Daerah yang berdekatan
·         Permohonan yang menepati syarat yang ditetapkan layak ditawarkan sebagai peserta program GBBS

UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH KLIK DISINI (PORTAL RASMI FAMA)


Antara lokasi-lokasi  GBBS yang telah ada mengikut negeri
1.   Johor
2.  Kedah
3.  Kelantan
4.  Melaka
5.  Negeri Sembilan
6.  Pahang
7.  Perak
8.  Perlis
9.  Pulau Pinang
10.Sabah
11.Sarawak
12.Selangor
13.Terengganu
14.WP Kuala Lumpur
15.WP Labuan
16.WP Putrajaya


    

No comments:

Post a Comment

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021

  SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2021 YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri d...