PROGRAM
LADANG KONTRAK
Assalamualaikum W.B.T.
Ada berita baik untuk petani-petani di luar sana…
Posting pada kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit
berkaitan dengan Program Ladang Kontrak yang diwujudkan di bawah Kementerian
Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA Inc.)
PENGENALAN LADANG
KONTRAK
· Dalam RMKe-9, sektor pertanian telah diberi
tumpuan yang khusus khasnya kepada aktiviti-aktiviti yang boleh membantu
kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai jentera pertubuhan ekonomi
ketiga Negara.
· Penekanan diberi kepada bidang pengeluaran
berkualiti dan nilai tambah yang tinggi menerusi aktiviti seperti penggredan,
pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan serta pemasaran yang teratur.
· Tumpuan program/aktiviti yang selaras dengan
plan Balance of Trade (BOT) Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani.
· Pendekatan secara bersepadu di antara Jabatan /
Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
DEFINISI LADANG
KONTRAK
Satu ikatan
persetujuan di antara pemasar dengan pengeluar melalui:-
FAMA menjamin pasaran melalui belian terus berasaskan terma dipersetujui
Atau
FAMA mengatur
pasaran
Atau
FAMA menjadi fasilitator
kepada jabatan yang membimbing peserta yang berurusan terus dengan pemasar
di mana petani perlu membekalkan produk mengikut spesifikasi yang dinyatakan
dalam terma perjanjian yang dipersetujui bersama.
OBJEKTIF LADANG
KONTRAK
·
Menjamin pasaran dan meningkatkan pendapatan
pengeluar.
·
Mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan
sayur-sayuran.
·
Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang
berkualiti dan menepati kehendak pasaran.
·
Mempertingkatkan pemindahan teknologi di
sepanjang rantaian bekalan.
FAEDAH LADANG
KONTRAK
Petani
·
Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk
yang dikeluarkan.
·
Menjana dan menambah pendapatan.
· Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan
pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada jabatan dan agensi.
· Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli
Pertubuhan Peladang Kawasan.
· Menikmati peluang kursus dan latihan untuk
meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.
Pembeli
· Mendapat bekalan yang berkualiti dan berterusan
pada masa yang diperlukan mengikut spesifikasi pasaran.
Penentuan Harga
Belian
· Terdapat 2 Kaedah belian produk Ladang Kontrak
iaitu :
i.
Belian pada harga tetap
ii. Belian pada harga semasa, disokong dengan harga
lantai
PERKHIDMATAN YANG
DISEDIAKAN OLEH JABATAN / AGENSI DI BAWAH PROGRAM LADANG KONTRAK
Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA)
·
Jaminan Pasaran
·
Insentif Bimbingan
·
Pengaturan Pasaran
·
Khidmat Sokongan Pemasaran
Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP)
·
Pembiayaan Infrastruktur Asas
·
Penyaluran Input Awal
·
Pembiayaan Infrastruktur Pengeluaran Dan
Pemasaran
·
Pengaturan Program Latihan
Jabatan Pertanian
(DOA)
·
Khidmat Nasihat Perkembangan
·
Bantuan Insentif Pertanian
·
Latihan dan Kursus Teknikal dan Motivasi
·
Penyertaan Skim MyGAP
Lembaga
Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
·
Bantuan Input Pertanian
·
Bantuan Bahan Input Tambahan
·
Kemudahan Infrastruktur
Institut Kemajuan
dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI)
·
Research And Development
·
Perkhidmatan Bimbingan
·
Program Latihan
AGROBANK
·
Menyediakan dan mempermudahkan skim pembiayaan
kemudahan kredit
KOMODITI YANG
TERPILIH DI BAWAH LADANG KONTRAK
12 Jenis Sayur-Sayuran Yang Tersenarai iaitu :-
·
Bendi :
Hijau (5 Segi)
·
Cili :
Kulai, Batu Pahat, Minyak, Korean Hot (Hybrid)
·
Halia Tua :
Bentong
·
Kacang Buncis :
White Flower/Putih
·
Kacang Panjang :
388, 328
·
Kobis :
KY Cross (Tanah Tinggi), Tropicana
·
Ketola Segi :
Tempatan Terpilih, F1 (Thailand-Hijau/Putih)
·
Terung :
302, 312, 1540
·
Timun :
118, 980
· Tomato :
Holand: 1039, 322, 263, Denmark 163, Baccarat (Sistem Fertigasi)
·
Labu :
Taiwan 767, 868
·
Cendawan :
Shiitake (Sabah)
17 Jenis Buah-Buahan Yang Tersenarai iaitu :-
·
Belimbing :
B10, B17
·
Betik :
Eksotika, Sekaki/Hong Kong, Subang/Batu
·
Durian :
D197, D24, D99 & Klon
·
Jambu Batu :
Thai Tanpa Biji, Kampucea GU 8, Klom Toon Klau GU 9, Klom GU 10
·
Limau :
Bali P056/Melomas, Bali P051/Sha Ting, Bali P052/Tambun, Madu, M33 (Limau Wangi Malaysia)
·
Mangga :
MA224 (Chokanan), MA128 (Harumanis), Sala
·
Nanas :
Morris Josaphine, N36, Gandul, MD2
·
Nangka :
J31/Ns1, J29, J33 (Tekam Yellow), J37(Mastura)
·
Cempedak :
CH1, CH27, CH28, CH32, CH34 (Singkir), CH 38 (Cempedak Durian)
·
Pitaya :
Isi Merah, Isi Putih
·
Pisang :
Berangan, Mas, Cavendish, Tanduk/Lang, Rastali, Nipah
·
Rambutan :
Anak Sekolah, Deli
·
Tembikai :
Merah Tanpa Biji, Wangi, Golden Langkawi, Rock Melon, Apollo
·
Longan :
Edaw (Sarawak)
·
Dokong :
D02 (Dokong Kering)
·
Manggis :
GA2 (Mesta)
·
Dabai (Sarawak)
6 Jenis Tanaman Yang Tersenarai iaitu :-
·
Jagung Manis :
F1 522, 969
·
Keledek :
VitAto, Tempatan Terpilih
·
Roselle :
UM-UKL 1
·
Ubi Kayu :
Kuning, Putih, Sri Pontian
·
Tebu :
Tebu Telur
·
Kelapa :
Matag & Kelapa (Santan)
2 Jenis Bunga-Bungaan Yang Tersenarai iaitu :-
·
Orkid
·
Temperate Flowers – Kekwa
*Nota : Tanaman Bunga-Bungaan hanya dimasukkan jika
petani ada hubungan pemasaran dengan Pengeksport
10 Jenis Tanaman Herba Yang Tersenarai iaitu :-
·
Misai Kucing
·
Kacip Fatimah
·
Tongkat Ali
·
Dokong Anak
·
Hempedu Bumi
·
Halia
·
Pegaga
·
Limau Purut
·
Mengkudu
·
Mas Cotek
*Nota : Tanaman Herba hanya dimasukkan jika petani ada
hubungan pemasaran dengan Pemproses/Kilang
SYARAT-SYARAT
MENYERTAI LADANG KONTRAK
·
Individu Perseorangan / Kelompok Petani /
Syarikat.
·
Memiliki kawasan tanah tapak projek dengan
pemilikan / sewaan yang sah disisi undang-undang.
·
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam
projek tanaman yang diusahakan.
·
Berpengalaman dalam pengeluaran komoditi buah
dan sayur yang diusulkan.
·
Mempunyai modal kerja yang mencukupi.
CARA PERMOHONAN
·
Permohonan untuk menyertai LAdang Kontrak boleh
di pohon di semua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian yang
berdekatan : -
1. Jabatan
Pertanian (DOA)
2. Pertubuhan
Peladang Kawasan (PPK) / Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
3. Lembaga
Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
4. Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
5. Kementerian
Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM Sabah)
6. Kementerian
Permodenan Pertanian Sarawak (KPP Sarawak)
No comments:
Post a Comment