Saturday, 1 December 2018

Pengurusan Pemasaran


PENGURUSAN PEMASARAN




Assalamualaikum W.B.T.. Pada posting kali ini saya ingin membincangkan berkenaan Pengurusan Pemasaran..

Antara Fungsi Pengurusan Pemasaran adalah ;
1.       Analisis Pemasaran
2.       Perancangan Pemasaran
3.       Implementasi Pemasaran
4.       Kawalan Pemasaran

Baiklah. Kita bincangkan satu persatu Fungsi Pengurusan Pemasaran.

1. Analisis Pemasaran
  • Menganalisa pasaran dan persekitarannya bagi mencari peluang pemasaran dan mengatasi ancaman-ancaman pemasaran yang boleh menjejaskan keuntungan.
  • Analisis SWOT
    •  Strenght (Kekuatan)
    • Weakness (Kelemahan)
    • Opportunity (Peluang)
    • Threat (Ancaman)
  • Kekuatan dan kelemahan dianalisis dari segi aspek pemasaran, kewangan, pengeluaran dan organisasi.
  • Aspek pemasaran
    •  Produk – berkualiti/tidak berkualiti, ada inovasi/tidak
    • Promosi – berkesan/tidak berkesan
    • Harga Jualan
    • Pengagihan
  •  Kewangan
    • Kewangan – stabil/tidak stabil
    • Aliran Tunai
    • Keuntungan
  • Pengeluaran
    •  Kemudahan peralatan
    • Kapasiti pengeluaran
    • Dapat dikeluarkan tepat pada masa dijanjikan
  • Organisasi
    • Kecekapan pekerja dan kakitangan
    • Pegangan saham
    • Penyelidikan dan pembangunan
    • Pengurus yang tidak efisien
  • Peluang dan Ancaman pula dianalisis dari segi persaingan, politik, ekonomi, situasi sosial, teknologi, kesihatan & keselamatan.
  • Persaingan
    • Strategi pesaing dalam kualiti
    • Harga
    • Promosi
    • Agihan
  • Politik
    • Cukai
    • Alam sekitar
    • Gaji
    •  Akta Kerajaan
  •  Ekonomi
    • Kadar inflasi
    • Pengangguran
    • Kelembapan Ekonomi
  •  Situasi Sosial
    • Perubahan Tingkah laku @ citarasa
    • Kadar pendapatan
  • Teknologi
    •  Cara pengeluaran
    • Perubahan bentuk produk
  • Kesihatan & Keselamatan
    • Tahap pencemaran
    • Undang-undang


Carta Analisis SWOT



2. Perancangan Pemasaran
·         Kandungan ringkasan eksekutif
·         Situasi semasa pasaran
·         Analisis peluang dan ancaman
·         Objektif dan isu
·         Strategi pemasaran
·         Program tindakan
·         Bajet
·         Kawalan

3. Implementasi Pemasaran
·         Jadikan program tindakan kepada tindakan sebenar untuk capai objektif.
·         Jawapan kepada :
o   Apa perlu dibuat?
o   Siapa akan buat?
o   Bila akan dijalankan?
o   Berapa banyak belanja?

4. Kawalan Pemasaran
·         Kawalan secara berterusan hendaklah dibuat sepanjang pelaksanaan perancangan pemasaran.
·         Kawalan termasuklah :
o   Menetapkan pasaran
o   Mengukur prestasi
o   Menilai prestasi
o   Mengambil tindakan pembetulan






Sunday, 28 October 2018

Cara - Cara Untuk Mengenal Antara Ikan Segar Dan Tidak Segar


CARA - CARA UNTUK MENGENAL ANTARA IKAN SEGAR DAN TIDAK SEGAR


Assalamualaikum.. Posting kali ini saya ingin kongsikan perkongsian dari laman FB LKIM Negeri Johor yang bertajuk Cara-cara mengenal antara ikan segar dan tidak segar. Mungkin ramai di antara kita yang masih tidak tahu untuk membezakan ikan segar dan tidak segar.

Kredit diberikan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Johor di atas perkongsian tersebut.

Untuk lihat posting tersebut boleh KLIK DI SINI




Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Bagi mendapatkan lebih banyak info boleh layari FB LKIM Negeri Johor.. Kalau tak keberatan 'LIKE' lah sekali ye...

Sekian Terima Kasih.




Monday, 8 October 2018

Buletin Tinjauan Pasaran Edisi 01/2018

BULETIN TINJAUAN PASARAN EDISI 01/2018

Assalamualaikum W.B.T…
Pada posting kali ini ingin saya kongsikan majalah yang sangat bermanfaat kepada kita semua. Banyak ilmu-ilmu dan pengetahuan-pengetahuan yang akan kita dapat daripada pembacaan majalah ini.
Ini dia majalah yang ingin saya kongsikan. Majalah Tinjauan Pasaran Edisi 01/2018. Majalah  ini diterbitkan oleh  Bahagian Maklumat Pasaran, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan agromakanan dalam bentuk penerbitan untuk dijadikan sebagai rujukan kepada golongan sasar.





Antara yang menarik di dalamnya :
1.       Moringa Olefera : Herba Yang Semakin Mendapat Perhatian
2.       Si Buah Mahkota Yang Pelbagai Guna
3.       Timun Sebagai Komponen Pinggan Sihat Anda
4.       Memperkasa Industri Mangga Harumanis Perlis
5.       Rahsia Di Sebalik Warna Ungu Ubi Keledek
6.       Musang King Memang Sedap,Ayuh Kenali Ciri-Cirinya
7.       Ketahui Fakta Menarik Tentang Rhubarb
8.       Jom Ke Pasar Tani KT Walk
9.       Pasar Tamu : Nadi Pemasaran Pedalaman Malaysia Timur
10.   Lakarkan Kenangan Indah Bercuti di Agropelancongan
11.   Durian Duri Hitam : Tarikan Pengunjung ke Pulau Pinang
12.   Belangkas Hidupan Akuatik Yang BErnilai Tinggi
13.   Tahukah Anda Ikan Tilapia Boleh Hidup Dalam Air Masin?
14.   Jom Kenali Buah Abiu
15.   Apa Yang Menarik Tentang Durian Belanda?



Bagi bacaan penuh boleh KLIK DI SINI atau jika tidak berjaya boleh juga KLIK DI SINI

Untuk pengetahuan semua, pihak  penerbit juga bermurah hati untuk memberikan koleksi Buletin Tinjauan Pasaran dengan kaedah perlu datang terus ke Bahagian Maklumat Pasaran, Ibu Pejabat FAMA kerana perkhidmatan penghantaran tidak disediakan.




Alamat Yang Boleh Dihubungi:-

Bahagian Maklumat Pasaran,
Ibu Pejabat FAMA, Bangunan FAMA Point,
Lot 17304, Jalan Persiaran Satu,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.

03-61262020


Dapatkan sementara stok masih ada. Terima Kasih.

Sunday, 23 September 2018

Program Ladang Kontrak



PROGRAM LADANG KONTRAK

Assalamualaikum W.B.T.

Ada berita baik untuk petani-petani di luar sana…

Posting pada kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit berkaitan dengan Program Ladang Kontrak yang diwujudkan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA Inc.)






PENGENALAN LADANG KONTRAK
·     Dalam RMKe-9, sektor pertanian telah diberi tumpuan yang khusus khasnya kepada aktiviti-aktiviti yang boleh membantu kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai jentera pertubuhan ekonomi ketiga Negara.
·       Penekanan diberi kepada bidang pengeluaran berkualiti dan nilai tambah yang tinggi menerusi aktiviti seperti penggredan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan serta pemasaran yang teratur.
·   Tumpuan program/aktiviti yang selaras dengan plan Balance of Trade (BOT) Kementerian Pertanian dan Industri  Asas tani.
·      Pendekatan secara bersepadu di antara Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri  Asas Tani.



DEFINISI LADANG KONTRAK

Satu ikatan persetujuan di antara pemasar dengan pengeluar melalui:-

FAMA menjamin pasaran melalui belian terus berasaskan terma dipersetujui 

Atau

FAMA mengatur pasaran

Atau

FAMA menjadi fasilitator kepada jabatan yang membimbing peserta yang berurusan terus dengan pemasar di mana petani perlu membekalkan produk mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam terma perjanjian yang dipersetujui bersama.



OBJEKTIF LADANG KONTRAK
·         Menjamin pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar.
·         Mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran.
·         Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran.
·         Mempertingkatkan pemindahan teknologi di sepanjang rantaian bekalan.


FAEDAH LADANG KONTRAK

Petani
·         Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan.
·         Menjana dan menambah pendapatan.
·   Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada jabatan dan agensi.
·       Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan.
·       Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.

Pembeli
·  Mendapat bekalan yang berkualiti dan berterusan pada masa yang diperlukan mengikut spesifikasi pasaran.

Penentuan Harga Belian
·      Terdapat 2 Kaedah belian produk Ladang Kontrak iaitu :
                            i.            Belian pada harga tetap
                           ii.           Belian pada harga semasa, disokong dengan harga lantai



PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH JABATAN / AGENSI DI BAWAH PROGRAM LADANG KONTRAK

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
·         Jaminan Pasaran
·         Insentif Bimbingan
·         Pengaturan Pasaran
·         Khidmat Sokongan Pemasaran

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
·         Pembiayaan Infrastruktur Asas
·         Penyaluran Input Awal
·         Pembiayaan Infrastruktur Pengeluaran Dan Pemasaran
·         Pengaturan Program Latihan

Jabatan Pertanian (DOA)
·         Khidmat Nasihat Perkembangan
·         Bantuan Insentif Pertanian
·         Latihan dan Kursus Teknikal dan Motivasi
·         Penyertaan Skim MyGAP

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
·         Bantuan Input Pertanian
·         Bantuan Bahan Input Tambahan
·         Kemudahan Infrastruktur

Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI)
·         Research And Development
·         Perkhidmatan Bimbingan
·         Program Latihan

AGROBANK
·         Menyediakan dan mempermudahkan skim pembiayaan kemudahan kredit



KOMODITI YANG TERPILIH DI BAWAH LADANG KONTRAK

12 Jenis  Sayur-Sayuran Yang Tersenarai iaitu :-

·         Bendi                     : Hijau (5 Segi)
·         Cili                         : Kulai, Batu Pahat, Minyak, Korean Hot (Hybrid)
·         Halia Tua               : Bentong
·         Kacang Buncis      : White Flower/Putih
·         Kacang Panjang     : 388, 328
·         Kobis                     : KY Cross (Tanah Tinggi), Tropicana
·         Ketola Segi            : Tempatan Terpilih, F1 (Thailand-Hijau/Putih)
·         Terung                   : 302, 312, 1540
·         Timun                    : 118, 980
·       Tomato                    : Holand: 1039, 322, 263, Denmark 163, Baccarat (Sistem Fertigasi)
·         Labu                       : Taiwan 767, 868
·         Cendawan              : Shiitake (Sabah)



17 Jenis  Buah-Buahan Yang Tersenarai iaitu :-

·         Belimbing             : B10, B17
·         Betik                     : Eksotika, Sekaki/Hong Kong, Subang/Batu
·         Durian                  : D197, D24, D99 & Klon
·         Jambu Batu          : Thai Tanpa Biji, Kampucea GU 8, Klom Toon Klau GU 9, Klom GU 10
·         Limau                  : Bali P056/Melomas, Bali P051/Sha Ting, Bali P052/Tambun, Madu, M33                                 (Limau Wangi Malaysia)
·         Mangga                : MA224 (Chokanan), MA128 (Harumanis), Sala
·         Nanas                   : Morris Josaphine, N36, Gandul, MD2
·         Nangka                 : J31/Ns1, J29, J33 (Tekam Yellow), J37(Mastura)
·         Cempedak            : CH1, CH27, CH28, CH32, CH34 (Singkir), CH 38 (Cempedak Durian)
·         Pitaya                   : Isi Merah, Isi Putih
·         Pisang                   : Berangan, Mas, Cavendish, Tanduk/Lang, Rastali, Nipah
·         Rambutan             : Anak Sekolah, Deli
·         Tembikai              : Merah Tanpa Biji, Wangi, Golden Langkawi, Rock Melon, Apollo
·         Longan                 : Edaw (Sarawak)
·         Dokong                 : D02 (Dokong Kering)
·         Manggis                : GA2 (Mesta)
·         Dabai (Sarawak)




6 Jenis  Tanaman Yang Tersenarai iaitu :-

·         Jagung Manis          : F1 522, 969
·         Keledek                   : VitAto, Tempatan Terpilih
·         Roselle                    : UM-UKL 1
·         Ubi Kayu                 : Kuning, Putih, Sri Pontian
·         Tebu                         : Tebu Telur
·         Kelapa                     : Matag & Kelapa (Santan)



2 Jenis  Bunga-Bungaan Yang Tersenarai iaitu :-

·         Orkid
·         Temperate Flowers – Kekwa

*Nota : Tanaman Bunga-Bungaan hanya dimasukkan jika petani ada hubungan pemasaran dengan Pengeksport





10 Jenis  Tanaman Herba Yang Tersenarai iaitu :-

·         Misai Kucing
·         Kacip Fatimah
·         Tongkat Ali
·         Dokong Anak
·         Hempedu Bumi
·         Halia
·         Pegaga
·         Limau Purut
·         Mengkudu
·         Mas Cotek

*Nota : Tanaman Herba hanya dimasukkan jika petani ada hubungan pemasaran dengan Pemproses/Kilang




SYARAT-SYARAT MENYERTAI LADANG KONTRAK

·         Individu Perseorangan / Kelompok Petani / Syarikat.
·         Memiliki kawasan tanah tapak projek dengan pemilikan / sewaan yang sah disisi undang-undang.
·         Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam projek tanaman yang diusahakan.
·         Berpengalaman dalam pengeluaran komoditi buah dan sayur yang diusulkan.
·         Mempunyai modal kerja yang mencukupi.



CARA PERMOHONAN

·         Permohonan untuk menyertai LAdang Kontrak boleh di pohon di semua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian yang berdekatan : -
1.       Jabatan Pertanian (DOA)
2.       Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) / Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
3.       Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
4.       Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
5.       Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM Sabah)
6.       Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak (KPP Sarawak)

UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH KLIK DISINI (PORTAL RASMI FAMA)







Tuesday, 31 July 2018

Cara Mudah Mengenal Buah Durian Musang King

CARA MUDAH MENGENAL BUAH DURIAN MUSANG KING







Assalamualaikum W.B.T... Sempena musim durian ini, ingin saya kongsikan cara mudah mengenal buah Durian Musang King (D197)..

Perkongsian ini telah saya petik dari FB Pendidikan Pemasaran FAMA. Kredit diberikan kepada Bahagian Pendidikan Pemasaran & Khidmat Rundingan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di atas perkongsian ini di media sosial..




KLIK DI SINI untuk melihat posting tersebut di Facebook..


Antara petikan dari perkongsian tersebut :-

#CARA MUDAH MENGENAL #Durian #MusangKing.
.
Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi, sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit.
.
Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti #bolaragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan-akan #bintang pada bawah buahnya.


Antara ciri-ciri Musang King ialah:
1. Durinya yang berbentuk Piramid yang bersegi.
2. Mempunyai batang induk (Mahkota) yang tidak berduri dan agak botak serta berwarna coklat.
3. Kelihatan seakan tapak sulaiman (5/6 bucu) di pangkal buah.
4. Bentuk buahnya bujur seakan bola ragbi dan ada juga berbentuk seakan buah pinggang.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua... Sekian...

Catatan :
Jika ingin mendapatkan maklumat berkaitan Pendidikan Pemasaran, boleh KLIK DI SINI iaitu Laman Rasmi PENDIDIKAN PEMASARAN FAMA...







Sunday, 29 July 2018

Perkembangan Konsep Pemasaran


PERKEMBANGAN KONSEP PEMASARAN


Assalamualaikum W.B.T…. Posting kali ini saya akan terangkan pula serba sedikit tentang Perkembangan Konsep Pemasaran…


Perkembangan Konsep Pemasaran terbahagi kepada 5 iaitu :-
1.       Konsep Pengeluaran
2.       Konsep Produk
3.       Konsep Jualan
4.       Konsep Pemasaran
5.       Konsep Pemasaran Kemasyarakatan

Apa yang dimaksudkan dengan Konsep Pengeluaran?
·         Pengguna boleh memilih keluaran yang tersedia & harga yang lebih murah.
·         Penekanan kepada tahap peningkatan dalam kecekapan pengeluaran & agihan keluaran.
·         Sesuai bila permintaan melebihi keluaran.

Apa pula Konsep Produk?
·         Pengguna gemar pada keluaran berkualiti tinggi, rekabentuk pelbagai, prestasi tinggi & harga mampu beli.
·         Andaian : produk yang baik diterima pelanggan tanpa membuat kajian iaitu sama ada produk tersebut benar-benar dikehendaki pelanggan ataupun tidak.
·         Fungsi organisasi ialah dari segi penambahbaikan keluaran secara berterusan.
·         Contoh : Telefon bimbit.

Seterusnya apa itu Konsep Jualan?
·         Pengguna akan membeli sesuatu produk apabila ada promosi & usaha jualan yang aktif.
·         Fungsi organisasi adalah dari segi tumpuan pada promosi dan pengiklanan untuk  memberitahu & tarik minat pelanggan.
·         Produk yang tidak dicari/dirancang.
·         Contoh : Insurans/takaful
·         Selalunya syarikat alami lebihan kapasiti kerana pengeluar jual keluaran, bukannya hasilkan produk yang dikehendaki oleh pasaran.

Kemudian apa pula yang dimaksudkan Konsep Pemasaran?
·         Kebolehan syarikat dalam memuaskan kehendak & keperluan sasaran pasaran lebih baik daripada pesaing.
·         Sebagai pemasar perlu faham kelakuan, tabiat membeli, maklum balas, rungutan dan cadangan pengguna.
·         Sebelum megeluarkan sesuatu produk perlu mengkaji keperluan, kehendak , citarasa, pendapatan pengguna dan sebagainya.

Dan terakhir sekali apa yang dimaksudkan dengan Konsep Pemasaran Kemasyarakatan?
·         Merupakan konsep yang terbaru.
·         Mengambil berat hal ehwal  & kebajikan pengguna serta masyarakat.
·         Sebagai organisasi perlu fahami dan memuaskan kehendak pengguna melalui cara terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangkamasa panjang.
·         Meletakkan kesejahteraan masyarakat sebagai asas yang utama iaitu dari segi isu persekitaran, sumber terhad dan masalah kemiskinan.
·         Contoh : Alat suria pemanas air yang menghasilkan air panas dan secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan elektrik.
Dalam Konsep Pemasaran Kemasyarakatan ini terdapat 3 faktor keseimbangan iaitu :
1.       Masyarakat (Kesejahteraan Manusia)
2.       Syarikat (Keuntungan)
3.       Pengguna (Kepuasan, Kehendak)

Antara Sumbangan/Faedah Sistem Pemasaran kepada Masyarakat ialah.
·         Memaksimumkan Penggunaan
·         Memaksimumkan Kepuasan Pengguna
·         Memaksimumkan Pilihan
·         Memaksimumkan Kualiti Hidup

Mari kita huraikan serba sedikit tentang Sumbangan/Faedah Sistem Pemasaran kepada Masyarakat.

Memaksimumkan Penggunaan
·         Menggalakkan penggunaan ke tahap yang maksima.
·         Pengguna banyak berbelanja/membeli, pengguna dan pemasar akan lebih gembira.
·         Apabila penggunaan meningkat, secara tidak langsung pengeluaran, pekerjaan dan kekayaan dapat ditingkatkan.

Memaksimumkan Kepuasan Pengguna
·         Antara kesan kepuasan pengguna terhadap produk ialah:
o   Membeli lagi produk tersebut.
o   Bercakap baik tentang syarikat tersebut.
o   Susah tertarik kepada produk pesaing.
o   Terus membeli produk lain dari syarikat yang sama.

Memaksimumkan Pilihan
·         Kepelbagaian produk membolehkan pengguna bebas membuat pilihan mengikut citarasa mereka.
·         Pengguna dapat memaksimumkan kepuasan mereka.

Memaksimumkan Kualiti Hidup
·         Membaiki mutu kehidupan dengan meningkatkan mutu produk, kuantiti, menyediakan produk untuk pengguna dan juga mutu alam sekitar.


Sekian sahaja perbincangan berkenaan Perkembangan Konsep Pemasaran. Semoga apa yang diterangkankan dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga berjumpa lagi di lain posting. Wassalam……

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021

  SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2021 YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri d...